Sunday, July 10, 2011

nak wajah sihat berseri2 tak...??

heee..~ hye... haa...nk share pulak mcm mne nak bagi wajah sihat berseri....semuanya guna benda2 yang kita semua penah dgr....ahah

Kulit muka segar kemerahan
Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas. Amalkan seminggu dua atau tigak kali seminggu..

Menghaluskan kulit wajah
Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk sebelum disapukan kepada muka. Biarkan kering and basuh....

Menegangkan kulit muka
Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan lalu campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka hingga kering sebelum cuci...

atau...

Rebus segenggam biji kani ( manjakani ) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah. tunggu sehingga kering sebelum cuci.

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. kulit akan lebih cerah, licin dan harum....

Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Sapukan pada jerawat. Ia akan hilang beransur-ansur.

Hilangkan panau
Tumbuk sepotong halia atau belerang hingga lumat dan sapukan ke muka. Lakukan setiap hari sebelum tidur....

nota kaki: selamat mencuba....heee~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...