Saturday, July 9, 2011

amalan penjagaan rambut...

hye! hari ni aku nak share mcm mne nak jaga rambut supaya lebih lembut,lurus dan sebagainye lah mengikut amalan orang dulu2....heee~~ aku ambik nie pon dari keratan akhbar, dah lama aku simpan...nie bru jumpa...dia main sembunyi2 dengan aku....hadoyai...


Melembutkan rambut
Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas bersama enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir and then sapukan kat rambut. Biarkan seketika lepastu bilas. Buat selama dua minggu...

Melebatkan rambut
Ambik daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. Ambik lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna taula selama 10 minit dan cuti...Amalkan dua kali seminggu.

Mengelak rambut gugur
Ambik daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut beruban
Ambik secawan air kelapa tua dan gosokkan kepada kulit kepala secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.

Menghilangkan kelemumur
Perahkan air limau purut atau nipis di atas kulit kepala dan lumurkan hingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan dibasuh dengan air suam.

Meluruskan rambut
Ambik santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya . Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Rambut berbuah
Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan dua minggu sekali.

nota kaki : rajin2lah buat yer...hee~~ and nanti aku akn postkan pulak mcm mne nak bagi wajah sihat berseri2 gitu.....lalala.... gune cara nie..selamat..takde bahan kimia... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...